Picture of author.

Mahathir bin Mohamad

Forfatter af The Malay Dilemma

40+ Works 272 Members 7 Reviews

Om forfatteren

Mahathir Mohamad has been Malaysia's prime minister since 1981 and is the initiator of Malaysia's Vision 2020 and the Multimedia Super Corridor.
Image credit: At the Malacañan Palace on March 7, 2019. By Ace Morandante for the Presidential Communications Operations Office - Presidential Communications Operations Office, Public Domain, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=77248805

Værker af Mahathir bin Mohamad

The Malay Dilemma (1970) 123 eksemplarer
Challenge (1986) 10 eksemplarer
Malays forget easily (2001) 8 eksemplarer
A New Deal For Asia (1999) 7 eksemplarer
Reflections on Asia (2002) 5 eksemplarer
Terrorism and the Real Issues (2003) 4 eksemplarer
The Early Years, 1947-1972 (1995) 4 eksemplarer
Panduan Peniaga Kecil (2002) 2 eksemplarer
Blogging to unblock : chedet.com (2008) 2 eksemplarer
The challenges of turmoil (1998) 1 eksemplar
Wawasan 2020 1 eksemplar
Menghadapi Cabaran 1 eksemplar
Currency turmoil (1998) 1 eksemplar
Guide for Small Businessmen (1985) 1 eksemplar
Achieving True Globalisation (2004) 1 eksemplar

Associated Works

Satte nøgleord på

Almen Viden

Fødselsdato
1925-07-10
Køn
male
Nationalitet
Malaysia

Medlemmer

Anmeldelser


Tun Dr. Mahathir Mohamad, satu nama besar dalam sejarah moden Malaysia. Selama 22 tahun memerintah Malaysia, beliau telah mengubah Malaysia daripada sebuah negara pertanian kepada sebuah negara industri, daripada sebuah masyarakat tradisional kepada sebuah masyarakat urban. Pemikiran beliau telah membentuk corak kepada masyarakat Malaysia bahkan sehingga hari ini. Samada seseorang itu menyayangi beliau atau membenci beliau, tidak dapat tidak harus diakui bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia hari ini adalah produk kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri sepanjang 1981-2003. Jadi, tidak hairanlah memoir beliau "A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad" merupakan bacaan yang ditunggu-tunggu.

Melalui 62 bab dengan lebih 800 muka surat, memoir ini adalah percubaan Dr. Mahathir memaparkan perjalanan hidup dan karier politik beliau yang penuh warna-warni. Diterbitkan secara professional dengan mutu pengeditan yang baik melalui penggunaan nota kaki & senarai appendix menjadikan buku ini boleh dipertanggungjawabkan jika ingin dijadikan sebagai rujukan.

Susunan bab, walaupun disusun secara kronologi berdasarkan tahap-tahap perkembangan hidup beliau tapi tidak semata-mata kisah hidup, di sana sini beliau akan menyelitkan kejadian-kejadian yang menjadi asas pegangan politik beliau dan membentuk kaedah pemikiran beliau serta logik tindakan-tindakan beliau.

Seperti dalam penulisan blog beliau, bahasa yang digunakan beliau dalam penulisan buku ini adalah jernih dan mudah.

Antara yang menarik dalam bab-bab awal buku ini ialah Bab 3: I Am Malay, dimana beliau dengan bersungguh-sungguh menyanggah pendapat bahawa beliau bukanlah seorang Melayu jati kerana mempunyai darah keturunan India. Beliau mengakui bahawa beliau adalah seorang Melayu yang dibesarkan dalam kebudayaan Melayu, dan bangga menjadi seorang Melayu. Manakala dalam bab 6 diceritakan satu kejadian sewaktu zaman pemerintahan Jepun (pada waktu itu, Jepun menyerahkan pentadbiran Kedah kepada Siam) dimana beliau melihat seorang lelaki Melayu tua yang tidak berhenti memberi hormat kepada lagu kebangsaan Siam dipukul dengan teruk oleh beberapa orang polis Siam dan orang-orang Melayu yang melihat kejadian itu tidak berani berbuat apa-apa. Kejadian ini dan beberapa kejadian lain adalah punca utama membangkitkan semangat nasionalisme dalam diri beliau. Bab-bab awal juga menceritakan bagaimana keterlibatan beliau dalam perhimpunan-perhimpunan membantah Malayan Union sebagai penyatuan pertama orang Melayu dalam menyuarakan hak politik negeri mereka.

Bab-bab berikutnya adalah catatan perjalanan beliau dalam bidang politik dan kepimpinan serta pemikiran beliau samada dari segi politik, ekonomi mahupun agama. Bagi kebanyakan orang sudah pastilah bab yang ditunggu-tunggu ialah kisah pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri atas tuduhan liwat pada 1998 yang telah menggemparkan negara dan melahirkan gerakan Reformasi yang kemudiaannya berkembang sebagai satu gerakan penentangan terhadap kepimpinan beliau. Bagi pembaca yang mengharapkan pembongkaran apa-apa rahsia kisah tersebut melalui memoir ini pasti berasa kecewa kerana kenyataan-kenyataan beliau dalam memoir ini adalah konsisten dengan kenyataan-kenyataan beliau berkaitan kejadian tersebut sebelum ini.

Pun begitu, beliau mengakui, kejadian tersebut serta beberapa kejadian lain seperti Ops Lalang pada 1986 meninggalkan titik hitam dalam karier politik beliau. Beberapa tuduhan lain terhadap kepimpinan beliau seperti skandal perbankan dan salah urus niaga emas yang menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit juga dijawab dalam memoir ini.

Bagi pembaca yang ingin mengetahui secara lebih mendalam akan seorang lelaki bernama Mahathir Mohamad, memoir ini adalah suatu bacaan wajib. Namun harus diingat, membaca memoir mungkin mengakrabkan kita dengan si penulisnya tapi jarang sekali akan memberi pandangan objektif terhadap sesuatu perkara. Jika ingin mengetahui secara lebih objektif tentang Perdana Menteri Malaysia ke-4 ini, haruslah diseimbangkan dengan pembacaan buku-buku lain samada pro atau kontra terhadap beliau.

Dr. Mahathir telah melaksanakan tanggungjawab beliau dalam zamannya, dan terpulang kepada generasi hari ini dan masa hadapan untuk menilai dan memberi penghakiman atas kejayaan atau kegagalan beliau. Apapun, saya mencadangkan buku ini untuk bacaan umum semua rakyat Malaysia.
… (mere)
 
Markeret
aziz_zabidi | Dec 5, 2015 |
Seorang tokoh yang sangat berwarna-warni (sekaligus kontroversi) seperti Kassim Ahmad ini memang wajar dibaca autobiografinya. Keberanian intelektual yang ditunjukkan sepanjang penglibatannya dalam masyarakat sebagai seorang ahli akademik, sasterawan mahupun tokoh politik merupakan sesuatu yang jarang dipunyai oleh tokoh-tokoh Malaysia yang lain. Beliaulah orangnya yang bertanggungjawab mencetuskan perubahan sudut pandang orang Melayu terhadap tokoh Hang Jebat dalam sejarah Melayu melalui tesisnya (kemudian diterbitkan sebagai buku)Perwatakan Dalam Sejarah Melayu (seperti yang kita tahu kemudiannya; Hang Jebat telah menjadi hero bagi sebahagian besar orang Melayu dan Hang Tuah dianggap sebagai unsur feudal yang patut dikeji). Beliaulah orangnya yang menulis sajak-sajak kontroversi Jalan Ke Parlimen, Sidang Roh etc yang terakam sebagai antara sajak-sajak terbaik bahasa Melayu hingga ke hari ini. Beliau jugalah orangnya yang menulis buku Hadis: Satu Penilaian Semula yang mencetuskan kontrovesi dan seterusnya diharamkan itu. Beliau pernah di tahan di bawah ISA antara 1977-1981 (pengalaman ini beliau rakam dalam buku yang lain : Universiti Ke Dua)

Tokoh ini memang luar biasa, dan kerana itu membaca memoirnya ini adalah satu pengalaman yang menarik. Bermula pengalaman membesar beliau di zaman kanak-kanak, menjengah ke alam persekolahan, universiti dan seterusnya tahap-tahap perkembangan hidup beliau sehingga ke hari ini pembaca dihidangkan dengan rangkaian kisah hidup yaang unik. Diselang-selikan pula dengan perbincangan-perbincangan beliau terhadap bidang-bidang falsafah, agama dan politik yang memang menjadi minat beliau.

Pun begitu, selesai membaca memoir ini, saya merasakan apa yang diceritakan dalam buku ini masih sangat banyak lompangnya. Tidak seperti memor-memoir yang biasanya ditulis oleh tokoh politik (Kassim Ahmad memimpin PSRM selama hampir 18 tahun) yang biasanya mendedahkan sebahagian kisah yang terjadi dalam liku-liku kehidupan politik mereka, memoir Kassim Ahmad ini seperti mahu menyembunyikan sesuatu. Tidak banyak yang diceritakan tentang perjalanan politik beliau, peristiwa-peristiwa penting dalam parti yang beliau pimpin dan hubung-kait dengna peristiwa-peristiwa penting negara dan sebagainya. Bahagian politik beliau ini sepertinya ingin beliau lupakan.

Selain itu, saya juga mengesan banyak kesilapan pada ejaan yang walaupun tidak mencacatkan isi buku ini tapi mengurangkan kelancaran pembacaan dan menunjukkan ketidaktelitian proses pengeditan buku ini.

Terlepas dari kesalahan teknikal itu, pada keseluruhannya memoir ini adalah satu bahan bacaan yang bermutu untuk kita menjengok beberapa sisi dari sosok seorang tokoh bernama Kassim Ahmad ini.
… (mere)
 
Markeret
aziz_zabidi | Dec 5, 2015 |
I will write a review. Yes, I will. I will. Still, in dilemma.
 
Markeret
tajuddinabd | 1 anden anmeldelse | Mar 26, 2015 |
Dr. Mahathir bin Mohamad event program included
 
Markeret
efeulner | Mar 28, 2014 |

Måske også interessante?

Associated Authors

Statistikker

Værker
40
Also by
2
Medlemmer
272
Popularitet
#85,118
Vurdering
½ 3.7
Anmeldelser
7
ISBN
43
Sprog
2

Diagrammer og grafer